Kembali kita,kini berbicara tentang ikhlas.Ikhlas seringkali dikaitkan dengan ikhlas dalam amal perbuatan ,ikhlas dalam persahabatan,ikhlas dalam bekerja dan sebagainya.Ikhlas sesuatu yang subjektif ,seni dan halus nilainya.Pandangan setiap orang mungkin berbeza dalam menilai keikhlasan setiap insan.Namun bila difikirkan semula siapalah kita untuk menilai keikhlasan seseorang kerana puncak ikhlas itu letaknya dihati dan Allah lebih mengetahui hati setiap hambanya.
Hati yang ikhlas akan terpancar diwajah,terungkap melalui senyuman dan diterima dengan perasaan bahagia oleh orang lain.Bila ikhlas dipertaruhkan dalam segala tindakan,hati akan rasa tenang andai cita-cita tidak kesampaian dan ia terdidik dengan penuh redha dan tawakkal.
"Boleh jadi kesusahan yang anda deritai itu apabila menerimanya dengan ikhlas,dikemudian hari ia kan menjadi kenangan yang tidak ternilai harganya"