Thursday, May 31, 2007


Nukilan ini khas buat ibu tersayang sempena hari lahir dan hari ibu yang lepas.Masalah jaringan dirumah melambatkan proses ini.Ibulah kesayangan kami..


Ibu

Ibu
Kasihmu tidak mampu dinugkap dengan kata-kata
Sayangmu tidak ternilai sucinya
Cintamu terlalu murni
Mendidik ,mengasuh dan membelai kami
Seikhlas hati

Ibu
Nasihatmu penuh hikmah
Kata-katamu tersembunyi segala azimat
Motivasimu pembakar semangat kami

Ibu
Impianmu,Harapan kami jua
Namun bu,antara impian dan kenyataan
Ia bagai dua dunia yang berbeza
Umpama fantasi dan realiti
Tetapi percayalah ibu,
Esok impian pasti kan jadi kenyataan
Fantasi bertukar reality
Bukan Allah itu Maha Pengasih
Betulkan bu..

Ibu
Redhamu kuharapkan
Restumu mengiringi langkahku
Doamu setulus hati


Ibu
Moga kasih,cinta dan sayang kita
Bertaut dalam Rahmat dan Redha Illahi

Wednesday, May 16, 2007


SEORANG WANITA ITU
Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia
Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjadi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Monday, May 07, 2007



Ahad lepas saya dan anne pergi ke pesta buku,hari tu ialah hari terakhir pesta buku 2007 berlangsung.Rasanya seperti baru semalam kami pergi ke pesta buku 2006,kini tiba pulak hari terakhir pesta buku 2007,sekejapnya masa berlalu.Apa yang menarik kali nie,sebab kami pergi hari terakhir pesta buku,berbanding tahun sebelumnya.Bila datang hari terakhir banyak potongan harga yang rendah-rendah untuk kebanyakkan buku.Pengalaman menarik.Bagi pencinta buku dan yang minat membaca kat sinilah kita boleh dapatkan buku-buku yang kita kehendaki dengan harga yang berpatutan.Buku yang bermanfaat dapat meningkatkan ilmu,ia tidak pernah menipu dan menjadi penyuluh hidup kita.Moga diberi kesempatan dan keizinanNya untuk berkunjung ke pesta buku yang akan datang..