Thursday, September 13, 2007


Ketibaan “Tetamu” Yang dirindui

Setahun mungkin sekali atau dua kali jer kita akan bertemu dengan “tetamu” yang dirindui.Mungkinkah kita akan bertemu kembali tetamu ini ditahun depan?.Tidak pasti.”Tetamu “yang dimaksudkan itu ialah ramadhan.Bulan yang didalamnya penuh keampunan ,keberkatan dan kerahmatan daripada Allah.Didalam bulan ini kita dididik agar bersabar dan istiqomah dengan apa yang kita lakukan.

Bertemu ramadhan sekali lagi saya rasa sungguh bertuah.Bulan ini menyebabkan saya terkenang kembali memori lama sewaktu mula-mula berpuasa ,diikuti pula berpuasa di asrama sekolah dan kolej sehinggalah meningkat dewasa.Masa mula-mula belajar puasa dulu,rasa nak habiskan satu hari tur punyalah payah sebab tur mula-mula biasanya dididik dengan puasa setengah hari dulu.Kemudian diikuti dengan satu hari dan sebulan penuh.Biasalah zaman kanak-kanak berpuasa ,yang paling gembira bila waktu berbuka.Sebenarnya tanpa kita sedari atau menyedarinya pendidikan sejak kecil membimbing kita meningkatkan iman dan amal dari hari ke sehari.Aplikasi ini sepatutnya sama juga untuk yang dewasa.

Masih tidak terlewat untuk mengucapkan selamat datang ya ramadhan.Buat semua dan diri sendiri moga ramadhan kali ini penuh makna,diisi dengan segala amalan meningkatkan iman dan taqwa seiring dengannya keikhlasan.

5 jenis racun dan inilah penawarnya

Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.Harta itu racun, zakat itu ubatnya.Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.




Wednesday, September 05, 2007


"Everlasting Love"


This earth, this duniya, is a drop of a sea
The final destination, The Akhirra, which is beyond infinity

This test and trial makes me sad
Fighting all this is the hardest thing I ever had to do

Years and days will quickly go by

To Allah alone I cry,who will always stay close by my side

Allah has commanded us to give Zakah and Pray,
This Deen is of Allah and his Messenger, not some play
So let us repent for the sins we commit night & day

My days are lonely and they are cold,
My goal is to obey Allah as my days grow old & he takes my soul
Allah is present everywhere
He lives in my heart, his mercy and blessings are enormous & beyond
When I sacrifice and give up something for his sake,
In return he rewards me with something better in its place

My life is hard and my days are rough,
Sometimes my tests and trials get so tough,
But for the sake of Allah, it's never enough
Allah & his Quran is my guide
If he wasn't there for me, I'd break and swelter

"O Allah! Please do not leave me to myself, not even for a blink of an eye, nor for a period lesser than that. O The One Who is Best in Answering."

Sunday, September 02, 2007

Kad Plastik Keperluan atau Kemahuan.



Bila bercakap pasal kad plastik,sering saya teringat nasihat salah seorang pensyarah saya berkaitan dengan kad ini,antara lain katanya:


"kad plastik ini boleh jadi suatu kebaikkan pada kamu jika kamu bijak mengguruskan kewangan tetapi ia juga boleh jadi sebaliknya jika disalah guna"


Saya suka istilahkan kad kredit sebagai kad plastik ,ini disebabkan ia diperbuat daripada plastik,mudah dan ringkas dibawa.Dengan sekali "swipe " atau gores pada kad ini,sedar tak sedar hutang pun bertambah.Inilah dinamakan kaedah terbaru"berhutang secara bergaya",ini dapat dibuktikan melalui paparan iklan yang dibuat didalam kaca-kaca televisyen dan juga melalui corang-corong radio.

Persoalannya disini,salahkan mempunyai kad plastik?.Tidak salah mempunyai kad plastik asalkan bijak mengawal perbelanjaan dan membayar hutang balik atau dengan kata lain mahir dalam mengawal ilmu kewangan.

Kebiasaanya sebelum seseorang mengambil keputusan menggunakan kad kredit pastikan samaada kad kredit ini satu keperluan atau satu kemahuan?.Selepas itu buatlah sedikit kaji selidik kecil-kecilan tentang kemudahan yang ditawarkan ,syarat bayaran balik dan faedah yang dikenakan daripada pelbagai institusi perbankkan yang ada di Malaysia.Seelok-eloknya pilihlah yang menawarkan faedah yang rendah dan tetap contohnya kad yang menggunakan sistem islam.


Bagi yang tiada kad kredit ,usah risau dan bimbang andai dikata tidak mengikut peredaran semasa,mungkin ia bukan satu keperluan yang mendesak buat masa sekarang dan sekuarng-kurangnya anda boleh tidur lena tanpa beban hutang yang banyak.Sama-samalah kita fikirkan dan nilai kembali samaada kad plastik ini satu keperluan atau kehendak.