Friday, March 30, 2007

A lovely lesson for life!!


Let us share a story for life.

A student asks a teacher: What is love?
The teacher said: in order to answer your question, go to the paddy field and choose the biggest paddy and come back. But the rule is: you can go through them only once and cannot turn back to pick. The student went to the field, go thru first row, he saw one big paddy, but he wonders....may be there is a bigger one later. Then he saw another bigger one... but may be there is an even bigger one waiting for him.

Later, when he finished more than half of the paddy field, he start to realize that the paddy is not as big as the previous one he saw,he know he has missed the biggest one, and he regretted. So, he ended up went back to the teacher with empty hand.

The teacher told him, this is love... you keep looking for a better one,but when later you realize, you have already miss the person. The student asked: What is marriage then? The teacher said: In order to answer your question, go to the corn field and choose the biggest corn and come back. But the rule is: you can go through them only once and cannot turn back to pick. The student went to the corn field, this time he is careful not to repeat the previous mistake, when he reach the middle of the field, he has picked one medium corn that he feel satisfied, and cameback to the teacher. The teacher told him, this time you bring back a corn.... you look for one that is just nice, and you have faith and believe this is the best one you get.... this is marriage

Be courteous to all , but intimate with few , and let those few be well tried before you give them your confidence.Hopefully this story will give us a lesson.

Thursday, March 22, 2007

Coretan Dari Sebuah Perjalanan
Rasanya sudah terlalu lama tidak menulis disini.Sibuk tidak sesibuk mana, tetapi idea bagai tak kunjung tiba.Disini dititipkan, sedikit coretan melalui pengalaman kami menziarahi Balqis, sahabat yang mengadakan walimah di Bukit Mertajam pada 10.3.07.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, kami bertolak dari Shah Alam pada awal pagi Jumaat dan sampai petang.Disambut dengan mesra oleh ahli keluarga Balqis.Keesokkan hari majlis berjalan seperti yang dirancangkan.Syukur.Kedatangan sahabat-sahabat yg bertolak dari KL, selamat tiba.Petang kami berangkat ke tempat seterusnya seperti yang dirancangkan.Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang menumpangkan kami.

Coretan bukan hanya catatan pengalaman perjalanan biasa tetapi bagi saya,ia lebih kepada ukhuwah fillah yang berharga tentunya.Bermula sebagai kawan sekelas,kawan seasrama,kemudian menjadi sahabat, terpisah seketika lantaran amanah dan tugas yng dipertanggungjawabkan dan kini bertemu semula menyambung ukhuwah .Benarlah kata-kata pepatah ,”Andai kita ikhlas bersahabat kerana Allah ,pertemuan akan jadi sesuatu kenangan yang manis setelah terpisah lama dan andai terpaksa berpisah jua suatu hari hati akan terdidik penuh redha dan pasrah”.Semoga ukhuwah ini kekal ke akhir hayat,diberikan yang terbaik buat kita semua, dan doakan kami menjejaki langkahmu suatu hari nanti menjadi teman penyejuk dimata,penawar di hati…

Wednesday, March 14, 2007


Hidup Suatu Perjuangan


Hidup suatu perjuangan
Menongkah arus
Melangkah Badai
Sabar & tabah harus seiring


Usaha hari ini
Menentukan dimana kita dikemudian hari
Ikhlaskan hati & tekadkan semangat
Impiankan jadi kenyataan

Kejayaan hari ini
Bukanlah jaminan kejayaan kemudian hari
Kegagalan hari ini
Bukanlah jaminan kegagalan kemudian hari
Kegagalan yang lepas dijadikan pedoman
Tak ada yang jatuh dari langit
Dengan cuma-cuma
Semua melalui usaha dan doa


Kebenaran hari ini
Bukanlah bererti
Kebenaran saat nanti
Hidup suatu perjuangan
Tanpa henti-henti
Usah kau..Tangisi kelmarin yang hilang
Sebaliknya ..Usahakan esok untuk lebih gemilang


Hidup adalah perjuangan
Bukanlah arah & tujuan
Hidup adalah perjalanan yang sementara
Menuju destinasi yang kekal abadi..

Thursday, March 01, 2007

MENGEJAR KEBAHAGIAAN.

Suatu masa kelihatan seorang pemuda duduk di tepi telaga. Dia termenung tatapan matanya kosong. Seluruh penjuru ceruk rantau telah dikunjungi,namun tidak ada satu titik pun yang membuatnya puas.
Kekosongan terasa,sehinggalah ada suara yang menyapanya. ‘’Apa yang kau buat disini anak muda?”,Tanya seorang lelaki tua.” Apa yang kau risaukan?”. Anak muda itu menoleh dan menjawab,” Saya penat pakcik. Terlalu jauh saya berjalan untuk mencari kebahagiaan tetapi sehingga kini tidak ada tanda kebahagiaan akan hadir dalam diri saya. Kemanakah harus saya mencarinya lagi?”.Lelaki tua itu menghampiri anak muda tersebut. Dipandangnya wajah wajah anak muda tersebut lalu berkata. “ Di depan sana ada sebuah taman. Jika kau ingin jawapan bagi pertanyaanmu, tangkaplah seekor rama-rama dengan tanganmu buatku,” arah lelaki tua itu. Pelahan-lahan pemuda itu bangkit menuju ke taman tersebut.
Taman yang penuh dengan bunga-bungaan. Tidak hairan banyak rama-rama yang berterbangan. Manakala lelaki tua itu hanya memandang dari jauh memerhatikan tingkahlaku pemuda tersebut. Dia terhendap-hendap, perlahan namun sasaran itu luput. Dikejarnya rama-rama itu kearah lain. Namun dia gagal. Dia mula berlari ke sana ke sini. Diterjahnya apa yang ada di depan mata termasuk semak. Gerakannya semakin liar.Adegan itu terus,berlangsung,tapi tidak ada seekor pun rama-rama pun yang berjaya ditangkapnya. Si pemuda mula keletihan. Kemudian dia mula mendengar lelaki tua itu menjerit,” Hentikanlah dulu anak muda berehatlah”.
Lelaki tua itu berjalan ke arah pemuda. Dilihatnya ada sekumpulan rama-rama berterbangan di tepi kiri dan kanan lelaki tersebut. ‘ Begitukah cara kamu mengejar kebahagiaan?Berlari dan menerjah apa sahaja? Ke sana sini tak tentu arah,menerobos tanpa mempedulikan apa yang kau rosakkan?”,kata lelaki tua itu sambil menatap pemuda itu.
“ Nak, mencari kebahagiaan umpama menangkap rama-rama. Semakin kau terjang,semakin ia menghindar. Semakin kau buru semakin pula ia pergi darimu. Namun tangkaplah ia dengan hatimu. Kerana kebahagiaan itu bukanlah benda yang dapat kau genggam,atau sesuatu yang dapat kau simpan. Carilah kebahagiaan itu dalam hatimu. Telusuri rasa itu dalam kalbumu. Ia tak akan lari kemana-mana. Bahkan tanpa kau sedari kebahagiaan itu sering datang sendiri”.
Kemudian lelaki tua itu mengangkat tangannya,tiba-tiba hinggap seekor rama-rama di hujung jarinya. Terlihat sayap rama-rama itu memancarkan keindahan ciptaan tuhan. Warnanya begitu indah,seindah kebahagiaan yang bagi mereka yang mampu menyelami.Mencari kebahagiaan ibarat menangkap rama-rama. Sulit, bagi mereka yang terlalu gopoh, namun mudah bagi mereka yang tahu apa yang mereka cari. Kemungkinan mendapat kebahagiaan dengan cara kesana sini amatlah tipis.Bahagia seperti udara dan kebahagiaan adalah aroma dari udara itu. Kita belajar bahawa kebahagiaan itu memang ada dalam hati kita. Cubalah temukan kebahagiaan itu dalam hatimu. Biarkan rasa itu menetap dan abadi dalam hati. Temukan kebahagiaan itu disetiap langkah yang kita lakukan. Percaya dan yakin kebahagiaan itu ada dimana-mana. Rasa itu ada disekitar kita. Bahkan bahagia itu mungkin hinggap di hati kita,namun kita tak pernah memperdulikannya. Mungkin juga bahagia itu berterbangan di sekeliling kita,namun kita terlalu acuh untuk menikmatinya.BIARLAH KEBAHAGIAAN ITU HADIR DALAM HATIMU…