Tuesday, June 26, 2007




Ijtima Mahabah di Pantai Remis

Ijtima mahabah pada 16 hingga 17/6/2007 di pantai remis menyeronokan.Walaupun pada awalnya terdapat sedikit kekecohan disebabkan kawan2 yang rancang nak pergi bersama, terpaksa membatalkan perancangan atas masalah yang tidak dapat dielakkan,jadi tinggallah kami berdua jer yang pergi..sampai disana dalam pukul 3 ptg.Daftar dan dapat bilik, batch 4 satu apartment.Selesa, nyaman dan tenteram itu yang boleh digambarkan bila masuk ke apartment kami.Seronok dapat jumpa sahabat-sahabat lama walaupun sedikit, sekurang-kurangnya ukhwah persahabatan itu dapat dikekalkan.Malam dan petang kami bertukar-tukar cerita tentang kehidupan masing-masing.


Hari Ahad, aktiviti mencabar dimulakan dengan senaman aerobik.Mmm…dah lama tak senaman aerobik kalau biasa buat pun jogging jerlah..Aktiviti diteruskan dengan explore biz...saya masuk group 6, ketua group radzlan, awal2 lagi dah cakap kita main niat bukan untuk menang tapi gembira..Permainannya lebih kurang macam nie setiap kumpulan anggap sebuah company nak mulakan business dan diberi RM 10,000 sahaja dan dengan duit itu kami perlu “bid”tender yang ditawarkan,kalau duit tak mencukupi kami kena pinjam duit dari bank..Daripada 32 tender yang ditawarkan,kumpulan kami dapat 3 jer tender, ingat tak leh menang sebab tgk kumpulan lain punya banyak tender.Apa nak buat kumpulan kami mengamalkan prinsip tak mau berhutang.Tapi task yng terakhir naik sampan tur yang meningkatkan duit company atau group kami..Pengayuh sampanlah penat..Hasbi .kena bawa 9 orang..Last2 daripada niat gembira dapat gak menang……satu game yang baru.Tidak meletihkan sangat tapi lebih kepada menguji minda






Secara keseluruhan seronok cuma tak dapat jumpa keseluruhan guru-guru yang mengajar kita dan tak dpaat solat qiammulaill sama2 ngan muallim muhaimin..macam masa kat sekolah dulu2…J…Banyak pengjaran dan pedoman yang dapat diambil disini antaranya niat ikhlas memberi impak yang berkesan,baca soalan betul2 bagi kumpulan 7 sebab banyak sgt “bid”..…paling penting ukwah itu tetap terjalin walau sesibuk mana pun kita dan akhirnya dpat jugak saya menangkan fikiran seketika daripada fikirkan pasal kerja dan auditor yang tgh rancak mengaudit akaun company dan kerja saya.

  • gambar 1:batch 4 berempat,2 berdiri dari kiri suhaila,nabihah duduk dari kiri saya dan anne
  • gambar 2 :Task 3 :Ketua group tgh sibuk nak ikat tali nak ikat kat sampan
  • gambar 3:Pengayuh sampan terkemuka group 6

Sunday, June 03, 2007

2 Jauzi,3 Munzir,4 Mubarak,5 Abbas…Ukhwah Fillah Abadan Abada’

Ahad lepas kami dijemput ke kenduri kahwin salah seorang sahabat kami Azzam dengan kawan Aspuri dan junior kami , Iman.Alhamdulillah tidak sangka akhirnya menjadi kenyataan juga,itulah jodoh ketentuan Illahi.

Melihat perkahwinan ini terimbau kembali waktu zaman sekolah menegah.Dari tingkat 2 Ibnu Jauzi , ke tingkat 3 Ibnu Munzir seterusnya ke tingkat 4 dan diakhiri tingkat 5 Ibnu Abbas.Pelbagai ragam ,pelbagai sifat,kenangan manis dan pahit sewaktu bersama.

Mana mungkin dilupakan kenangan manis bersama kalian,terutamanya bila kelas terlalu kecoh dan kita dikenakan hukuman yang setimpal ,tidak lupa apabila diadakan pertandingan kebersihan kelas ,masing-masing sibuk menjalankan tugas yang diamanahkan dan paling tidak dapat dilupakan apabila kita semua diterapkan untuk memberi salam kepada setiap orang ,apalagi berebut-rebutlah semua sahabat untuk menanti muallim dan muallimah yang akan lalu didepan koridor untuk memberi salam .Maklumlah kedudukan kelas yang ditengah-tengah.Untuk yang tinggal diasrama,malam waktu yang paling best sekali sebab kena ulangkaji pelajaran sama-sama,sambil tur borak-boraklah,kekadang tur masa ulangkaji boleh tanya kakak-kakak senior dan ada aktiviti asrama yang lain.Tanpa disedari rupanya sistem dan ukhwah fillah yang berlandaskan keikhlasan itulah yang menyatukan hati kami.

Peredaran masa selari dengan peredaran usia.Kini,kita semua dipenuhi pelbagai amanah dan tanggungjawab.Amanah dan tanggungjawab sebagai suami, isteri, anak, sahabat ,pekerja dan amanah kepada diri sendiri.Bagi yang sudah berumahtangga ,alhamdulillah semoga kalian bahagia ke akhir hayat.Bagi yang solo,masih mencari ataupun yang menanti untuk diijabkabulkan ,percaya ,yakin dan tawakkal kepada Allah.Allah ada janjinya .Setiap yang berlaku ada hikmahnya.Moga ukhwah fillah ini,kekal selamanya .Rindukan pentarbiahan bersama,kenangan manis dan persahabatan bersama kalian


Sehari 50 lembaran,Seminggu Sebuah Buku.

Usai sudah pembacaan saya yang hampir seminggu ini.Ia adalah satu buku motivasi yang menggunakan pendekatan yang berbeza daripada buku motivasi yang lain .Bagi saya setiap pakar motivasi ada pendekatan yang berlainan dan mempunyai “niche” yang tersendiri.Dr Danial Zainal menggarapkan pendekatan motivasinya berlandaskan al-quran,disitulah terletaknya keistimewaan tersebut.Melalui buku “Tip-tip Cemerlang Daripada Al-quran”,sedikit sebanyak membimbing kita menjadi muslim dan muslimah sejati.

Cemerlang disini tidak hanya bermaksud menjadi terkenal ,punya kereta mewah dan banyak wang tetapi lebih didefinasikan sebagai berjaya didalam setiap bidang yang kita ceburi ,andai menjadi pekerja menjadi pekerja yang terbaik dan berjaya,andai menjadi seorang pendidik menjadi pendidik yang berdedikasi dan kalau menjadi seorang suri rumah pun menjadi seorang suri rumah yang mempelopori semua ilmu dan berjaya.

Digariskan 20 tips untuk menjadi cemerlang.Antara tips-tips yang diberikan untuk menjadi insan cemerlang berlandaskan Al-Quran ialah Cemerlang dengan Menjadi Global Champion ,Cemerlang dengan Iman dan Taqwa,Cemerlang denga Ilmu serta Hikmat,Cemerlang dengan Ilmu Semasa,Cemerlang dengan Sabar dan Sikap Positif ,Cemerlang dengan Ikhlas,Cemerlang dengan Memberi Maaf dan lain-lain.Cemerlang dengan Menjadi Global Champion,cuba membawa kita menjadi seorang yang jaguh global dan tahu segala aspek ilmu.Disini kita dibentuk untuk berasa bangga atau perasaan izzah dengan islam.Kehancuran akan tiba andai umat Islam merasa bangga dengan agama selain Islam ,seperti kisah Lina Joy.

Buku ini memberikan pendekatan yang menyeluruh dari segala aspek kehidupan baik untuk dunia dan akhirat.Andai sahabat-sahabat diberi kesemptan teruskan pembacaan buku ini.Marilah kita rebutkan 5 perkara sebelum datang 5 perkara.Masa lapang sebelum sibuk,masa ini perlu dipenuhkan dengan ilmu untuk masa depan yang lebih sempurna dan bermanfaat .