SYAWAL DIRAI TANDA KEMENANGAN
“Indah langit kerana awan
Indah laut kerana kebiruan,
Indah ramadhan
kerana keinsafan.
Indah Aidilfitri kerana Kemaafan”
Di keheningan 4 syawal 1428 ini dan mengambil kesempatan bulan barakah dimana kesediaan dihati setiap insan untuk bermaf-maafan ,saya mengambil kesempatan memohon maaf kepada keluarga,kawan dan sahabat andai terkasar bahasa,tersilap bicara,termarah yang tidak kena,tertanya yang tidak menentu,tersasul yang tidak sengaja dan segala salah silap secara sengaja atau tidak disengajakan .
Selamat Hari Raya Aidilifitri..Semoga syawal ini lebih mengeratkan silatturahim antara kita semua dan dihargai penuh ceria dan syukur.
Terima kasih buat sahabat-sahabat yang mengirmkan kad raya,maaf kepada semua yang pengirim kerana tidak berkesempatan untuk membalas.Hajat dihati igin membalas tapi apakan daya masa tidak mengizinkan terus menyebabkan hajat itu tidak tercapai. Moga sms yang dikirim pengganti kad raya itu dapat diterima..:)..Tidak lupa yang mengirinkan sms dan message di “alam maya” ini.terima kasih atas ingatan kalian semua.
“Ramadhan berakhir syahdu terasa
Syawal dirai lambang kemenangan
Dari kejauhan maaf dipinta
Moga Ukhwah Kekal Abadi”
Salam Eidulfitri .Taqabbalallahuminna wa minkum