Mencari Cahaya..Sesungguhnya Cahaya Ilmu Itu Penting.

Alhamdulillah terasa hidayah daripadaNya semakin melimpah ruah dan semoga istiqomah ini terus berkekalan.Semenjak akhir-akhir ini kegemaran saya membaca blog penulis-penulis terkenal seperti Ustaz Hasrizal,saudara Muhtar Suhaili dan penulis-penulis lain banyak memberi ilmu dan impak yang berguna kepada kehidupan seharian ,memahami dengan lebih mendalam matlamat perjuangan hidup,memahami siasah shariah dangan baik dan mendalami islam dengan lebih mantap.
Secara tidak langsung mereka memberikan sekunder input kepada saya.Sekunder input ini penting bagi saya terutama setelah tamat pengajian, maklumlah jika dahulu setiap hari pasti membaca sekurang-sekurangnya satu buku satu hari dan dapat dengar syarahan serta nasihat daripada pensyarah namun sekarang tidak lagi.Tuntutan masa dan tangungg jawab membataskan segalanya.
Aktiviti mendapatkan ilmu membuatkan minda kita sentiasa berkembang .Untuk yang sudah berhenti menuntut ilmu secara formal seperti di IPTA, IPTS atau Kolej, aktiviti membaca daripada pelbagai sumber rujukan adalah salah satu alternatif yang boleh diguna pakai.Selain itu menghadiri majlis diskusi dan seminar adalah salah satu alternatif lain.
Semakin dalam kita membaca dan memahami sesuatu ilmu itu terasa semakin banyak kekurangan yang kita tidak tahu dan secara tidak langsung ada juga pertambahan ilmu disitu ,ia ibarat air di lautan yang luas,kita telah dapat sedikit tapi masih banyak lagi yang tidak diperolehi.
Allahuma zidnii’ ilmaa nafia’..Ya Allah tambahkanlah ilmu yang bermanfaat kepadaku..