Menyingkap Tabir 2008..Mengimbas 2007
Menjegah ke tahun baru masihi dan sambutan tahun hijrah yang tinggal tidak berapa lama lagi,hati terasa sayup,sedih dan gembira.sayup dan sedih mengenangkan hari yang ditinggalkan,pelbagai persoalan yang timbul dipemikiran dan hanya diri ,iman dan amal sahaja yang mampu menjawabnya terutamanya persoalan yang seing bermain diminda adakah hari-hari yang ditinggalkan telah diisi dengan sebaik mungkin atau tidak.
Gembira dan bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memperbaiki mana yang kurang untuk tahun ini.Bersama peningkatan tahun dan hayat hidup didunia ini,semakin barakah dan sentiasa dilimpahi cahaya petunjuk Illahi dalam mengapai erti hidup sebagai insan rabani,soleh dan solehah.
Mengimbas kembali tahun 2007 yang ditinggalkan,pada awal tahun tak banyak peristiwa yang berlaku cuma pada masa itu dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana tempat kerja yang baru , ditambah pulak perjalanan ulang alik dari pejabat dan rumah yang boleh tahan jauhnya dan proses penilaian kerja yang dijalankan.Alhamdulillah semuanya berjalan serba sederhana .Sederhana itu lebih baikkan..:)
Pertengahan tahun masa ini banyak diisi dengan menambahkan ilmu serba sedikit.Pada awal tahun membaca juga tapi dipertengahan tahun ini masa itu lebih kepada pembacaan.Akhir tahun berjalan seadanya,beraya Aidiladha tanpa mak dan bapa yang jauh menunaikan rukun Islam ke-5 .Sepi beraya tanpa mereka.Telefon pengubat rindu kami..InsyaAllah lagi seminggu lebih mereka pulang.Diharap semua mendoakan mereka pulang dengan selamat dan sihat.
Beberapa hari sebelum berakhirnya tahun 2007 ,saya habiskan membaca sebuah novel berunsurkan islam.Tertarik dengan buku ini sebab ramai yang memperkatakan tentang kehebatan buku ini.Tajuknya tidak lain dan tidak bukan “Ayat-Ayat Cinta”,dikarang oleh Habibburahman.Memang betullah seperti ulasan semua pihak tentang kehebatan buku ini.Buku ini mengajak kita mencari dan bersama membina cinta yang hakiki bukan sahaja didunia tetapi juga akhirat dan syurga.Diolah dengan begitu teliti ,bila membacanya seolah-olah berada dizaman tersebut.Permulaan sedikit berat ,tapi dipertengahan semakin ringan dan diakhiri dengan sedikit santai.Bagi sesiapa yang belum mendapatkan mungkin boleh cuba mendapatkan.Sesuai dibaca bagi yang sudah bercinta ,mahu bercinta dan akan bercinta,belum bercinta lagi digalakkan membaca.Banyak pengajaran dan pembelajaran boleh dapat disini,walaupun sekadar novel tapi lebih kepada novel membangunkan semangat.Jangan salah sangka yer,saya tak dapat komisen pun promosi buku nie..:)..cuma sedikit pandangan ikhlas..
Akhir Kalam,Selamat menyambut tahun baru dan Ma’al Hijrah.Semoga hijrah tahun ini memberi kita semua rahmat ,dilimpahi petunjuk dan dipenuhi kasih sayang sejati.Perbaharui azam dan tekad.Fikirkanlah azam tahun ini..Apa azam tahun ini.???.:)..
Illa liqa’..Moga ketemu lagi..