Thursday, November 13, 2008

Berhibur dalam muhasabah

Akhir-akhir ini tertarik dengar nasyid dari kumpulan nasyid Opick Indonesia.Sedap,penuh penghayatan dan teladan.Mari sama-sama tenangkan diri dan hiburkan hati sambil muhasabah.

Nasyid dari Opick:Cahaya Hati



Opick:Yang Terindah

Wednesday, November 12, 2008

Seorang Mujahid Berjiwa Besar.

Tanggal 14 Jun 2005 dunia menyaksikan seorang lagi tokoh ulama' dan mujahid dakwah "Ustaz Rahmat Abdullah" pulang ke Rahmatullah,menemui pencipta yang khaliq dan kekasih yang sejati.Mantan Ketua Majelis Syura (MS), Dewan Pimpinan Pusat (DPP), Partai Keadilan Sejahtera (PKS) itu meninggal dunia kerana penyakit stroke. Beliau terkena stroke ketika wudhu untuk mengerjakan sholat Magrib di Markaz DPP PKS yang terletak di Gedung Kindo, Duren Tiga Jakarta. Ketika itu beliau dan ahli-ahli DPP sedang mengadakan Rapat Kerja DPP. Kemudian beliau dibawa ke Hospital Islam Cempaka Putih, Jakarta, namun Allah mentakdirkan beliau untuk menghadapNya ketika beliau sampai di hospital tersebut.Pemergiannya ditangisi seluruh warga muda yang mula mengikuti dakwah,anak muridnya dan penjuang dakwah di Indonesia.

Mari kita selusuri biografi mujahid terkemuka ini. Ustaz Rahmat Abdullah dilahirkan di kota Jakarta pada 3 Julai 1953. Putra kedua dari 4 (empat) bersaudara ini hidup dari keluarga asal Betawi yang sederhana dan taat beragama. Pada usia 11 tahun hidupnya mulai menjadi anak yatim. Awal pendidikan rasminya, disamping dididik oleh kedua orangtuanya, beliau memasuki sebuah perguruan Islam yang terkenal di Jakarta, Perguruan Asy-Syafi'iyah bimbingan KH Abdullah Syafi'i (tokoh Islam yang berwibawa di kota ini) hingga menamatkan sekolah tingkat `Aliyah (menengah) dengan prestasi yang cemerlang.

Kehidupan Ustaz Rahmat Abdullah ketika muda sangat berbeza dengan remaja seusianya pada saat itu. Dia taat beribadah, disamping mempunyai karakter dan akhlaq yang mulia.Setiap hari dihabiskan untuk belajar, membaca dan mengkaji. Bahkan di usianya yang sangat muda, ia telah menjadi guru ditempat ia menuntut ilmu.

Dunia ilmu adalah dunia yang sangat sebati dalam dirinya. Kegemarannya membaca al-Qur'an dan aneka buku membuat menjadi lebih cepat matang berbanding dengan remaja seusia dengannya. Di saat inilah dia banyak membaca pikiran-pikiran para tokoh perjuangan, seperti Almarhum Ustaz Mohamad Natsir, Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb dan tokoh-tokoh lainnya. Di samping itu, dia juga menelaah kitab klasik (kitab kuning) sebagai warisan sejarah. Kebersihan jiwanya telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat cemerlang seperti sebuah lautan ilmu laksana perpaduan antara khazanah ilmu-ilmu keislaman klasik dan pandangan Islam modern yang tidak dimiliki oleh banyak orang yang sealiran dengannya.

Dunia seni dan sastra juga merupakan sebahagian bagi dirinya. Antara bakat dan semangat yang telah melekat. Beliau gemar berzikir dan berfikir, membaca fenomena alam yang kemudian diekspresikan dalam bentuk produk seni, seperti puisi, esai, butir-butir nasyid dan naskah drama. Oleh karena itulah banyak orang cenderung memberikan gelaran sebagai seorang “budayawan”.

Sebagai da’i sejati, beliau banyak menghabiskan waktu, tenaga serta pikirannya untuk kegiatan da’wah. Siang dan malam dipenuhi pengajian demi pengajian tanpa mengenal lelah dan keluh kesah. Ia menjadi tempat anak-anak muda berbincang, berkongsi perasaan, curahan hati tanpa ada batas waktu “melayani ummat”. Itulah peranan yang dia mainkan hingga akhir umurnya.

Sebagai seorang Mujahid Dakwah, dia memiliki karakter yang khas. Kemampuan retorika tinggi yang dihiasi oleh sentuhan sastera yang unik,sering membuat pendengar menangis sebagaimana kemampuan ia membangkitkan semangat yang menggelora ketika ia mengangkat isu tentang jihad. Beliau juga aktif mengisi ceramah di radio dan televisyen di Indonesia.

Awal tahun 80-an, menyaksikan beliau memimpin dunia Harakah Islamiyah yang pada saat itu mulai tumbuh di Indonesia hingga menjadikan beliau sebagai pakar dalam bidang Tarbiyah,sehingga majalah Sabili memberi gelaran “Syaikh at-Tarbiyah” pada tahun 2001. Dengan menggunakan motorsikal yang dhoif, dia masuk kampung keluar kampung, masuk kampus keluar kampus menabur fikrah Tarbiah Islamiyah yang shahih dan syamil. Fikrah Ikhwanul Muslimin yang diperkenalkan beliau ternyata mendapat sambutan yang hangat dari berbagai peringkat masyarakat yang kemudian mencetuskan penubuhan Partai Keadilan Sejahtera (PKS).Adegan ini juga ditonton didalam filem Sang Murabbi.

Memasuki era pengembangan dunia pendidikan dan sosial secara formal pada tahun 90an, atas keprihatinannya terhadap ummat,beliau mendirikan ISLAMIC CENTER IQRO’ yang bergerak dalam bidang pendidikan, sosial dan dakwah di Daerah Bekasi, Jawa Barat. Di sinilah dia menetap dan disinilah dia berekspresi mengembangkan cita-citanya melalui kajian kitab-kitab turas (klasik) setiap pagi Ahad.

Proses perjalanan dakwah yang panjang akhirnya telah membawa keterlibatan beliau dalam dunia politik yang kini diperjuangkan. Partai Keadilan yang kemudian berubah menjadi Partai Keadilan Sejahtera (PKS), adalah sebahabagian dari dirinya. Beliau adalah salah seorang pengasas parti yang berlatarbelakang islam intelektual itu.

Beliau diamanahkan menduduki posisi tertinggi dalam partai, yang sangat memerlukan khidmatnya, sebagai bentuk kepercayaan terhadapnya. Disamping itu, dia juga dilantik sebagai Ketua Majelis Pertimbangan Partai (MPP), Majlis Syura dan juga sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (parlimen) DPR RI sesi 2004-2009 dari daerah Jawa Barat I (Kota Bandung dan Kota Cimahi). Pada Pilihanraya Umum Legislatif tersebut, dia meraih 106,882 undi.

Kasih sayang yang menebal dalam bidang dakwah melihatkan beliau sentiasa luar biasa sibuk dengan mengajar dan berceramah. Disaat akhir hayat beliau masih sempat mengikuti perhimpunan Lembaga Tinggi Partai Keadilan Sejahtera (PKS), pada hari Selasa (14 Jun 2005) di Gedung Kindo Duren Tiga, Jakarta Selatan, sejak lepas Asar sekitar jam 4.30 petang. Tiada tanda-tanda beliau sedang sakit. Wajahnya ceria seperti biasa. Namun, ketika beliau wudhu untuk menunaikan shalat Maghrib, beliau merasakan sakit di sekitar kepalanya kerana stroke.Namun di tengah perjalanan, beliau dipanggil Allah Swt. Beliau meninggal pada usia 52 tahun, meninggalkan seorang istri dan tujuh orang anak.Selamat Jalan Mujahid Dakwah,Murid-Muridmu dan rakan seangkatan akan meneruskan perjuanganmu.Biznillah,InsyaAllah.al-Fatihah.

Bagi memperingati jasa dan pengorbanan Ustaz Rahmat Abdullah sebuah filem berjudul "Sang Murabbi" diterbitkan.Moga filem dapat meningkatkan kembali semangat juang dan hadiah kepada para mujahid.

Ribuan langkah Kau Tapaki
Pelosok Negeri Kau Sambangi
Tanpa Kenal Lelah Jemu
Sampaikan Firman TuhanMu(1953-2005)




Tuesday, November 11, 2008

Hadiah untukmu Para Da'ei


Berikut adalah sedikit sinopsis dan pengalaman mereka yang terlibat dalam pengambaraan filem Sang Murabbi..Ayuh amatinya.




Menjelang shooting lanjutan Film Sang Murabbi... Hati ini terasa bergetar... Ya, Allah, mampukah hambaMu yang dhaif ini mengemban amanah untuk bisa menghadirkan kebesaran 'ruh' iman dan akhlakul karimah Ust. Rahmat Abdullah, Allahuyarham? Mampukah hambaMu memaknai jejak langkah perjuangan dakwah beliau? Mampukah hambaMu menghadirkan sebuah tontonan yang bermanfaat buat umat? Hanya kepadaMulah hamba berserah diri.

Ba'da Maghrib, selepas cek and ricek persiapan shooting esok hari, saya, Yulius (KetUm MBR), Aal (KetUm ANN) berdiskusi dengan Ust. Ridwan di Wapres (Warung Apresiasi) Bulungan. Sebuah warung yang dikenal sebagai tempat nongkrong anak-anak muda di Jakarta Selatan. Hampir setiap malam ada pertunjukkan di warung ini, entah itu musik, puisi, teater atau yang lainnya. Aneh kali ya, ikhwah kok diskusinya di warung yang rada gaul? Hehe... begitulah, tempat ini memang salah satu ladang dakwah kami. Alhamdulillah, lima tahun terakhir sudah ada ta'lim disini. Di warung? Betul, kita ta'lim di Warung Apresiasi, sepekan sekali, setiap hari Jum'at. Kok di warung? Iya... Bukankah Imam Syahid Hassan al Banna juga mengawali dakwahnya dari warung ke warung?

Yang menarik dari perbincangan kami adalah bagaimana membuat Film Sang Murabbi menjadi momentum bagi kembalinya spirit dakwah kita. Mencari spirit yang hilang... Menemukannya... kemudian mengembalikannya pada keasliannya.... Asholah Dakwah, seperti yang selalu diingatkan oleh almarhum Ust. Rahmat Abdullah, di dalam berbagai kesempatan.

Ya ALLAH, dengan kasih sayang-MuEngkau kirimkan kepada kami da’i penyeru iman.
Kepada nenek moyang kami penyembah berhala.
Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da’wah.
Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran.
Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini kepada generasi berikut kami.
Jangan jadikan kami pengkhianatyang memutuskan mata rantai kesinambungan ini.
Dengan sikap malas dan enggan berda’wah.
Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa.
(Doa ini adalah paragraf akhir dari doa yang beliau lantunkan di saat deklarasi PK tahun 1999, di mesjid Agung al-Azhar, yang mungkin bagi sebagian orang pernah mendengar atau membacanya....)

Insya Allah, jika Allah mengijinkan, launching Film sang Murabbi akan dilakukan bersamaan dengan penyelenggaran Pekan Tarbiyah pada bulan July 2008. Semangat kami menyelenggarakan acara ini adalah Peduli, Melayani dan Memberi... Untukmu Para Da'ei...

Monday, November 10, 2008

Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati

Sedarilah bahawa peranan Muslimat dalam menegakkan agama Allah tidak terbatas hanya pada aktiviti dalam rumah sahaja. Akan tetapi, bila mana tugas seharian sudah selesai, muslimat boleh berjuang ke tengah masyarakat dalam apa jua bidang yang mampu asalkan tidak melanggar hukum syariat.

Marilah kita sama-sama merenungi dan menginsafi bagaimana seorang tokoh mujahidah Islam yang berani kerana agama Allah, Khaulah binti Azur. Masih adakah muslimat masa kini yang berani berjuang kerana Allah seperti beliau???

Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.

Ketangkasan Khaulah telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang kafir Rom. Khaulah dengan pakaian serba hitam yang menyelubungi seluruh tubuhnya telah meluncur dengan kudanya ke tengah medan peperangan. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa.

Panglima tentera Khalid Ibnu Walid serta seluruh angkatan perang tercengang melihat ketangkasan Khaulah. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja. Semangat jihad muslimin mula ercabar dan membakar serta lebih bersemangat apabila mengetahui seorang wanita (Khaulah binti Azur) mampu berbuat demikian. Tentera muslimin terus menggempur musuh yang berlipat kali ganda sehingga meraih kemenangan mutlak. Bukan sahaja bliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada Islam .

Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung an dikawal rapi selame beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup. Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.

"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."

Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara mnentang pengawa-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-akannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya:

"Janganlah saudari sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya"Allah pertolongan Allah sudah dekat."

Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut. Beginilah cara hidup dan sikap yang harus terkubur dalam sanubari serikandi yang solehah. Walaupun kita sedari muslimat masa kini tidak perlu mengangkat senjata, akan tetapi terlalu banyak perkara yang wajib ditentang dan diperbetulkan.

BANGUNLAH!!! Muslimat sekalian, mengapa masih lena di siang hari? Keyakinan dan keberanian Khaulah mesti dicontohi ketika berjuang ditengah masyarakat menentang arus jahiliah. Akhawat sekalian, sedarlah bahawa sudah tiba masanya untuk kalian meningkatkan lagi keberanian dan keyakinan dalam menentang segala kemaksiatan yang melibatkan kaum wanita hari ini.

sources:webnisa'net.