Wednesday, December 09, 2009


S.P.I.E.S

Sekali lagi "rumah" ini terbiar lagi,sibuk dengan tuntutan hidup dan peningkatan ke satu lagi fasa dalam kehidupan amat membataskan masa,ada ketikanya idea untuk menulis sudah ada,tapi ia sekadar berlegar dipemikiran dan tidak dapat diluahkan disini.Apapun sebenarnya ,saya masih lagi merangkak dan bertatih untuk menjadi muslimah sejati yang mampu mengurus masa dengan baik,kehidupan dan sedikit bakti yang mungkin dapat diberi untuk bekalan berjumpa "Kekasih kita yang Agung "kelak.Ada ketikanya rasa hormat bertandang kepada mereka-mereka yang dapat menjalankan tugas sebagai anak,isteri,ibu,pekerja,pendakwah dan dapat menabur bakti kepada ummah secara serenta.Bukan mudah ,tapi mereka berjaya lakukanya.Moga semangat ini dapat saya pupuk dari sekarang.

Kesinambungan dari semangat untuk cemerlang didunia dan akhirat ,maka kerajaan selangor memperkenalkan satu program yang diharap dapat membantu remaja dan belia negeri ini untuk mempertingkatkan kemajuan diri seiring dengan sahsiah yang terpuji iaitu program S.P.I.E.S atau Program Pembangunan Modal Insan Berdasarkan Konsep Spiritual,
Physical,Intellectual, Emotional & Social.Program ini sudah bermula sejak awal tahun 2009 tapi saya hanya berpeluang mengikuti program tersebut pada pertengahan tahun sahaja dalam bulan Jun dan Julai.

Program yang dapat saya turut serta sebagai fasi ialah di Nur Lembah Pangsun,Kalumpang Resort dan Lembah Azuwen.Di Nur Lembah Pangsun program diadakan untuk remaja dari kawasan Sementa & Rantau Panjang Klang,Untuk di Kalumpang Resort program untuk remaja dari kawasan Dun Selat Klang dan di Lembah Azuwen program lebih tertumpu kepada kempimpinan untuk MPP UNISEL.Sebagai fasi pada Mutiara Mawaddah,saya dibimbing oleh Ustazah Azrin & Ustaz Wan Hamidi untuk mendekati remaja ini.Walaupun ia bukan tugas yang baru bagi saya,kerana semasa di kolej kami juga ada megadakan program seperti ini yang mana saya bertindak sebagai fasilitator dan bendahari ,tapi saya akui bersama pembimbing dan sahabat-sahabat dari Mutiara Mawaddah banyak pengalaman dan pelajaran yang tidak formal saya dapat.

Tiap kali hujung minggu jer pasti tertunggu panggilan Ustazah Azrin untuk ajak gi program S.P.I.E.S ,seronok dapat berjumpa sahabat-sahabat,dapat membimbing adik-adik dan dapat bertukar pendapat dengan mereka semua.Disini serba sedikit kita dapat tahu bagaimana keadaan remaja diluar sana.Untuk remaja dan adik-adik yang pernah mengikuti program ini diharap ia menjadi titik permulaan muhasabah dan peningkatan motivasi untuk memajukan diri dari segi ilmu ,iman dan amal.

Akhirnya,syukur pada Allah yang tidak terhingga kerana saya dapat mengenali pasangan suami isteri yang "karimah" Ustazah@kak Azrin&Ustaz Wan,Ustazah Sarimah ,Marinie, AkmaltulHidayah dan rakan-rakan muslimin yang kenal dari jauh.Moga niat kita yang ikhlas untuk membimbing menjadi permulaan kebaikkan buat yang dibimbing.Nasyid ini ditujukan untuk semua.