Wednesday, March 25, 2009



Kejayaan Bersama Keberkatan

Sabtu bersamaan 21hb March 2008 saya berpeluang mengikuti ceramah dari Dr Danial Zainal Abidin,penulis buku Tip-tip Cemerlang Dari Al-Quran.Ceramah sepatutnya bemula pada pukul 2.30 tetapi memandangkan Dr datang dari jauh,nun dari utara,pulau pinang maka mula lambat setengah jam dari waktu asal.Tidak mengapa lambat janji dapat maanfaat dan ilmu daripada ceramah tersebut.

Mukadimah Dr lebih banyak berkisarkan tentang hari kiamat dan kedatangan Dajjal,salah satu petanda akhir zaman.Untuk peristiwa kedatangan Dajjal kita diharap dapat menghayati dan memahami 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi dan 10 ayat terakhir surah al-kahfi,sebolehnya terjemaahan ayat tersebut diketahui sekali.

Pengisian yang penting ayng disentuh oleh Dr ialah kita cemerlang bukan hanya untuk kehidupan didunia tetapi juga diakhirat kerana itulah matlamat akhir setiap individu yang bergelar muslim dan hamba@abid Allah.Untuk mencapai kecemerlang itu kita perlukan dua mekanisme iaitu ilmu dan taqwa.Ilmu sahaja tidak cukup, kerana kita mungkin berjaya tetapi kita tiada pegangan agama yang kukuh,sedangkan zaman mutakhir ini banyak cabaran yang perlu dihadapi.Taqwa membuatkan seseorang sentiasa menghayati agama Islam dan berwaspada dengan tingkah lakunya.Kombinasi inilah yang menjadikan seorang itu berjaya dengan cemerlang dari segi akademik dan agama,samaada sahsiah dan akhlaknya,sebagai contoh adik Nur Madihah.

Nama Nur Madihah menjadi sebutan apabila berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang didalam S.P.M yang lalu.Siapa yang tidak tertarik melihat ketenangan ,kecekalan dan ketabahan adik Nur Madihah.Raut wajahnya membuatkan orang yang melihatnya terasa tenang,ini hasil dari solat tahajudnya yang tidak pernah tinggal.Ketabahan hati berjuang untuk hidup dan cemerlang ,berbekalkan roti dan beratapkan zink yang usang.MasyaAllah tabah sungguh hatimu Dik.Puasa Isnin dan Khamis menjadi amalan.Bertuahnya ibu yang melahirkanmu ,ayah yang membesarkanmu,guru-guru yang mendidikmu dan sekolah yang mentarbiahkan dirimu sehingga berjaya.Sekolah Madihah memang banyak melahirkan tokoh cendiakawan dan politik yang berlatar belakangkan islam,antaranya Allahyarham Ustaz Fadzill Noor.Moga Allah sentiasa merahmatimu dik,amalanmu terus istiqomah dan kejayaan terus menjadi milikmu.Kita pula bagaimana?.Mari kita kembali muhasabah diri,sedikit pesanan untuk diri dan yang membaca.Renung-renungkan,selamat beramal.