Wednesday, June 10, 2009

Sampaikan Sepotong Ayat




"Assalamualaikum"


"A'alaikumussalam.Jemput masuk akhi,isteri dan anak.Lama kita tak jumpa ,anta masih macam dulu,kurus lagi" ,pelawa Haji Basri.


Haji Basri antara sahabat-sahabat seusrah abah suatu ketika dulu.Kedatangan kami pada malam itu untuk meraikan majlis walimah anak sahabat abah ini.Waktu siang yang penuh dengan tugasan menyebabkan abah hanya mampu meluangkan waktu malam ke rumah sahabatnya.Kami disambut dengan baik sekali.


"Ramai ke sahabat kita yang datang?"


"Ada dua tiga sahabat yang mai,mana yang sempat ana jemput dan nombor telefonnya dapat dihubungi,alhamdulillah datang"


"Semalam Ustaz Othman turun Selangor dari Kedah ,hantar anak ke UIA,ana ingat dapat jumpa dia masa hantar anak ana tapi tak sempat",kata ayah


"Ustaz turun sini,alhamdulillah ,ana masih teringat waktu kita sama-sama dalam usrah dulu ,Ustaz selalu pesan kepada kita semua ,sampaikan walau sepotong ayat didalam kerja-kerja dakwah dan dia juga pesan supaya kita menjaga ukhwah antara sahabat seusrah."Haji Basri membalas


"Seronok masa kami usrah dulu,makan sama-sama dalam satu talam makan nasi lauk kari dengan ulam,pulak tur nasi masih panas,sedap along,kamu dengan adik masih kecil lagi",Beliau mula bercerita kisah silam bersama abah dan sahabatnya sambil memandang aku dan mak sambil tersenyum.Aku dipanggil dengan panggilan along oleh pak cik.Kebetulan adik tak dapat ikut jadi aku peneman dan penunjuk jalan untuk abah dan mak,maklumlah malam macam-macam boleh berlaku.


Kami semakin seronok mendengar kisah silam abah dan sahabatnya,masa yang berlalu pergi tidak terasa.Banyak pengajaran yang saya dapat dari ziarah kali ini,antaranya sebagai seorang muslim kita perlu menjalankan tanggung jawab sebagai dae'i walaupun dengan hanya menyampaikan sepotong ayat.


Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat."


Dalam hadis yang lain Baginda s.a.w. mengisyaratkan kepada kita bahawa dakwah adalah budaya hidup Islam: "Agama itu adalah nasihat."


Mana tahu dengan kata kita yang penuh hikmah seperti,"Ain nampak manis dan tenang bila Ain pakai tudung,lebih terpelihara aurat,akak sayangkan ain sebab tur akak beritahu ini " ,kata sedikit tapi penuh makna,bila diajak setiap hari dan didoa oleh kita ,hati Ain itu pasti terbuka untuk bertudung.


Ziarah ini juga mengajar saya supaya menghargai ukhwah yang terjalin.Ukhwah yang bersulamkan keikhlasan semakin manis bila kita bertemu dan berpisah hanya keranaNya.Walaupun usia semakin menginjak ke usia emas ukhwah itu kekal,insyaAllah.Beruntunglah mereka yang sentiasa ingin menjaga dan merapatkan silaturrahim yang ada.


Akhir kalam,jemput semua ke


Masjid Sultan Salahuddin(dikenali Masjid Negeri Shah Alam)

pada 12 & 13 hb jun 2009 (Jumaat dan Sabtu)

Aktiviti Zikir Munajat selepas solat Maghrib(12/6/2009)

Diikuti forum dan Qiammulail(pagi-13/6/2009)

Dikendalikan oleh Ustaz Othman.


Mari sama-sama kita pergi.Dengarkan zikit munajat sambil tur kita muhasabah diri.Jom.