Tuesday, October 27, 2009

Bila Ruang dan Peluang Itu Tiba




Setiap hari bila menjengah ke "rumah" ini,pasti hati terdetik bilalah agaknya entri baru akan dikemaskinikan.MasyaAllah cuti yang terlalu lama sampaikan dah bersawang-sawang rumah ini.Untuk itu,"houskeeping" perlu dibuat..:).

Beberapa bulan yang lepas sebelum ramadhan ,agak sibuk dari hari Isnin hingga ke Jumaat waktu bekerja seperti biasa, kemudian diikuti pula dengan Sabtu dan Ahad menjadi fasilitator untuk program S.P.I.E.S.Di program ini pelbagai pengalaman dan ilmu dapat dipelajari.Bersykur dapat bertemu dengan ustaz,ustazah,kakak dan sahabat-sahabat disini.Teringat kembali niat dihati yang tidak pernah diluahkan kepada sesiapa,niat tur lepas habis kolej atau universiti ingin mendaftarkan diri di satu institusi yang menawarkan khidmat motivasi supaya dapat membantu adik-adik remaja.Disebabkan tiada peluang dan ruang maka hajat dan niat itu terpendam begitu sahaja.Bila peluang itu tiba(S.P.I.E.S),Semakin bertambah percaya dan tawakkal saya pada Allah.Benarlah Allah Maha Mengetahui bila waktu yang terbaik untuk kita melakukan apa yang dihajati.Bila hati kita ikhlas peluang itu pasti datang,cuma lambat atau cepat sahaja.Cerita pasal S.P.I.E.S nanti dientri akan datang.semangat menulis dah muncul kembali.

Setelah 3 tahun berada dialam kerjaya tiba-tiba peluang itu datang dengan pertemuan saya dengan Ustazah Azrin.Mulanya panggil Ustazah tapi sekarang dah rapat panggil Kak Azrin.Panggilan kakak lebih mesra dan moga dapat diberi tunjuk ajar diri yang masih baru "bertatih dalam dunia" ini.Bermula dari perkenalan ini,saya mula mendekati program kemasyarakatan dan keilmuan disekitar kawasan Telok Gadong,Sungai Udang dan Kampung Delek.Sebelum ini ada juga mengikuti program seperti ini tapi lebih kepada kawasan Shah Alam dan Kuala Lumpur,maklumlah sahabat banyak dari sana.Bila difikirkan semula ,sepatutnya saya perlu membantu masyrakat setempat dahulu.Ketika diri tercari-cari arah mana jariah yang sedikit dapat diberi dan tarbiah yang semakin kabur dapat diisi,disinilah Allah lorongkan saya kembali.Moga istiqomah saya terus disini.Berdoa semoga hikmah pertemuan dan ukhwah ini berkekalan.

Tuesday, October 20, 2009