
Kejayaan Bersama Keberkatan
Sabtu bersamaan 21hb March 2008 saya berpeluang mengikuti ceramah dari Dr Danial Zainal Abidin,penulis buku Tip-tip Cemerlang Dari Al-Quran.Ceramah sepatutnya bemula pada pukul 2.30 tetapi memandangkan Dr datang dari jauh,nun dari utara,pulau pinang maka mula lambat setengah jam dari waktu asal.Tidak mengapa lambat janji dapat maanfaat dan ilmu daripada ceramah tersebut.
Mukadimah Dr lebih banyak berkisarkan tentang hari kiamat dan kedatangan Dajjal,salah satu petanda akhir zaman.Untuk peristiwa kedatangan Dajjal kita diharap dapat menghayati dan memahami 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi dan 10 ayat terakhir surah al-kahfi,sebolehnya terjemaahan ayat tersebut diketahui sekali.
Pengisian yang penting ayng disentuh oleh Dr ialah kita cemerlang bukan hanya untuk kehidupan didunia tetapi juga diakhirat kerana itulah matlamat akhir setiap individu yang bergelar muslim dan hamba@abid Allah.Untuk mencapai kecemerlang itu kita perlukan dua mekanisme iaitu ilmu dan taqwa.Ilmu sahaja tidak cukup, kerana kita mungkin berjaya tetapi kita tiada pegangan agama yang kukuh,sedangkan zaman mutakhir ini banyak cabaran yang perlu dihadapi.Taqwa membuatkan seseorang sentiasa menghayati agama Islam dan berwaspada dengan tingkah lakunya.Kombinasi inilah yang menjadikan seorang itu berjaya dengan cemerlang dari segi akademik dan agama,samaada sahsiah dan akhlaknya,sebagai contoh adik Nur Madihah.
Nama Nur Madihah menjadi sebutan apabila berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang didalam S.P.M yang lalu.Siapa yang tidak tertarik melihat ketenangan ,kecekalan dan ketabahan adik Nur Madihah.Raut wajahnya membuatkan orang yang melihatnya terasa tenang,ini hasil dari solat tahajudnya yang tidak pernah tinggal.Ketabahan hati berjuang untuk hidup dan cemerlang ,berbekalkan roti dan beratapkan zink yang usang.MasyaAllah tabah sungguh hatimu Dik.Puasa Isnin dan Khamis menjadi amalan.Bertuahnya ibu yang melahirkanmu ,ayah yang membesarkanmu,guru-guru yang mendidikmu dan sekolah yang mentarbiahkan dirimu sehingga berjaya.Sekolah Madihah memang banyak melahirkan tokoh cendiakawan dan politik yang berlatar belakangkan islam,antaranya Allahyarham Ustaz Fadzill Noor.Moga Allah sentiasa merahmatimu dik,amalanmu terus istiqomah dan kejayaan terus menjadi milikmu.Kita pula bagaimana?.Mari kita kembali muhasabah diri,sedikit pesanan untuk diri dan yang membaca.Renung-renungkan,selamat beramal.
Wednesday, March 25, 2009
Wednesday, February 04, 2009
Tolong sampaikan pada dia… 
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..SesungguhnyaMu Ya Allah yang mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambamu..Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...
Friday, December 19, 2008
Kembali Kepada Fitrah.

"Hajar,esok pergi perjumpaan ahli hira'?"
"InsyaAllah"
Besok sambutan majlis batch hira' ke-14,rasa singkat jer masa berlalu,
macam baru sahaja sambutan batch ke-4(saya),secara tidak langsung dah 10 tahun hira' ditinggalkan.Walaupun jauh ia tetap dihati.Tarbiah yang diterima,ukhwah yang bertaut dan kasih yang ikhlas antara sahabat membuat saya benar-benar menghargainya.

Rindukan saat kami sama-sama makan setalam,solat jamaah bersama dan mathurat bersama.
Rindukan saat qiamulail bersamam terutama bila muallim muhaimin menjadi imam.kita semua suka bila muallim bawa qiam.Pengalaman ini terlalu berharga.
Muharam yang bakal tiba bagai menarik hati dan iman agar impian yang satu ini terlaksana , kembali kepada fitrah.Moga ditetapkan hati ini.Buat sahabat-sahabat doakan hijrah saya kepada fitrah yang diajar oleh muallim dan muallimah kekal.ameen.moga dipermudahkan segala urusan.
Sunday, December 14, 2008

Tolong Abaikan...Komputer Saya Digodam.
Hari ini saya sedikit sedih dan tertekan.Ikuti rentetan peristiwa yang menyebabkan saya sedih.
Pada Selasa 9 Disember 2008,Bos datang kepada saya dan tanya,"Siti do you give any bad e-mail to me?"
Saya..blur seketika ..dalam hati,"rasanya saya tak bagi apa-apa e-mail selain e-mail yang berkaitan dengan kerja".
Kemudian dia tanya lagi,sebab dia tengok saya blur kot.."or is it SPAM?"
Saya tanya dia balik ,"what kind of e-mail you receive from me?,can you show me"
Bila tengok e-mail tur saya rasa geram siapalah punya angkara menghantar e-mail nie,sedangkan saya tak pernah pun hantar e-mail seperti itu.Alhamdulillah walaupun bos saya tur "mat salleh" dia pun tak percaya saya yang hantar.Sebab dia kenal siapa saya.Bukan nak membangga diri tapi kami bekerja dengan kepercayaan.
Seterusnya hari ahad,saya menerima message daripada sahabat-sahabat mengatakan kejadian yang sama tapi kali ini di dalam friendster pulak.Hampir 4 hari saya tak buka friendster ,tup-tup dapat berita ini,terkejutlah.Geramnya.Sabarlah hati.
Buat semua yang menerima message ,komen atau e-mail yang tidak elok,harap semua abaikannya.Maaf,saya tidak pernah dan tidak akan hantar message seperti itu.melihat perkara seperti itu pun tidak.Harap semua faham dan sesiapa yang mengenali saya pasti tidak percaya.Sesiapa yang menganiaya saya,walaupun saya tidak pernah menganiaya mereka,moga mereka diberikan hidayah.Untuk diri sendiri bersabarlah,ujian ini hanya sedikit berbanding ujian yang lain.