Monday, January 22, 2007


Kelmarin...Semalam..Kini...Akan Datang

Kelmarin
yang kutinggalkan penuh 1001 satu cerita
pahit & manis itulah lumrah hidup
Dengannya jiwa tedidik penuh kematangan
Melaluinya ketemui pengalaman berharga

Semalam
Posim kutinggalkan penuh bahagia & liku
Bersyukur dikurniakan kakak yang baik hati
Sentiasa menjadi pendorong dikala dugaan datang melanda
Surau menjadi saksi permulaan persahabatan kami
Disini aku belajar erti hidup sebenar
ilmu kerjaya yang sebenar ku timba disni
pelbagai keranah ku temui
ia mengajar aku kesabaran ,ketabahan dan kecekalan

Didalam kepayahan melangkah
ketemui sinar cahaya yang amat berharga
rahmatMu tidak terhingga
aku berpeluang menjejakkan kaki dibumimu yang suci
terasa kerdil dihadapanMu
Hati terlalu sayup dan syukurku tidak terhingga menatap "baitullah"
kasih sayangMu tidak terhingga nilainya

Kini
Hijrahku ditempat yang baru
Setiap langkahku mengharapkan redhaMu
Moga aku sentiasa didalam pandangan rahmatMu

Kakak tersayang dan sahabat-sahabat di Posim
walaupun jauh dimata,nun disudut hati
dikau semua teramat istimewa

Akan Datang
penuh dengan ketidakpastiaan dan seratus kemungkinan
namun kuiringi jua dengan sejuta pengharapan
kutanamakan dihati ,kuluahkan melalui solat dan doa
itulah satu-satunya senjata seorang muslimin

Kelmarin hanya tinggal kenangan
Semalam kujadikan iktibar
Untuk menjadi yang lebih baik kini dan akan datang










Melangkah setapak lagi kita ke tahun 1428.Termenungku seketika mengenangkan tahun hijrah yang berlalu.Mendengarkan kalimah hijrah itu bergetar hatiku .''Hijrah itu amat payah,perlukan segala pengorbanan ,segala kekuatan dan perlukan sokongan keluarga',itulah antara petikan kata-kata Wardina Safiyah,didalam majlis diskussi antara Ustaz Zamri.

Mengimbas kembali hijrah yang berlalu,adakah kita semakin baik daripada dulu atau sebaliknya.Apakah perbezaan kita 5 tahun lepas dan sekarang?.Marilah kita fikir-fikirkan bersama.Biar pun hijrah itu sedikit atau kecil perbuatannya,andai ia datang dari hati yang ikhlas dan penuh istiqamah,impaknya lebih nyata dari hijrah yang besar,tetapi tidak istiqamah.

Moga hijrah kali ini membawa satu cinar cahaya dan kebahagiaan hakiki buat semua.Apa yang penting,teguhkan hati, tebalkan iman, kejapkan diri, kentalkan pendirian. Walau musim bersilih ganti, walau ombak datang membadai, walau apa jua rintangan yang menghunjam, kesemuanya perlu diharungi dengan berani.Tinggalkan diari lama ,kita buka diari baru...

Thursday, December 28, 2006


Ramuan Pemantapan Hati


Makanan yang sedap datang dari ramuan yang sempurna.Dari chef sehinggalah ke suri rumah tangga akan menyediakan ramuan secukupnya seperti yang disenaraikan didalam resipi agar makanan yang disediakan cukup masam, masin, manis & pedas,dalam erti kata lain menjadikan ia lebih lazat.


Begitulah juga kita sebagai hambaNya,perlu menyediakan ramuan untuk memantapkan hati,agar hati ini sentiasa dilandasan yang diredhai Allah.Ilmu ,Mujahadah dan Zikrullah itulah ramuan utama mendidik hati.Ilmu yang berlandaskan Al-quran & Sunnah memastikan kita sentiasa dalam panduan syariat.Mujahadah pula mengawal perjalanan hawa nafsu supaya hati tidak terpengaruh dengannya.Pelengkap ramuan hati ialah zikrullah.


Moga-moga dengan ramuan ini,potensi & prestasi hati dapat dipertingkatkan ..Amin Ya Rabb..


Ubah suai dari buku 7 Formula Individu Cemerlang Oleh Dr Danial Zainal

Thursday, December 07, 2006

Ketahuilah OlehMU

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...Allah SWT punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap... Allah SWT TAHU .......