Tuesday, August 07, 2007

Selalu kita dengar rebutlah lima perkara sebelum tiba perkara.Malah kumpulan nasyid terkenal Raihan pun mengingatkan kita tentang ini dalam nasyidnya. Antara liriknya

Ingat lima perkara sebelum 5 perkara:
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati

Bila mengingati ini ,teringat pula perjalanan hidup dua tiga bulan lepas yang terlalu sibuk,semua harus diselesaikan mengikut dateline yang ditetapkan,terutamanya bila financial report for last year perlu keluar seperti yang dirancangkan.Cabaran yang berat terutama bila perlu menyelesaikan financial report yang dibuat separuh jalan dengan pengalaman yang tidak seberapa ini.Walau macamaner susah pun ,alhamdulillah segalanya berakhir dengan jaya.Kini ada sedikit masa lapang untuk mengupdate blog ini.Syukur Ya Allah atas nikmat ini.

Tuesday, July 31, 2007

Ayah

Ayah
Disebalik tenang wajahmu
Tersimpan seribu rahsia suka dan duka
Disebalik ketegasanmu
Terselit kasih sayangmu nan suci
Setiap bicaramu penuh hikmah

Ayah
Tika kami kebuntuan kau bertindak sebagai penasihat
Tika tiada tempat berbicara dirimu bertindak sebagai teman berbual
Tika diri terlalai seketika dirimu datang sebagai pendidik mendidik kembali ke matlmat sebenar
Tika kami perlukan seorang perlindung yang mengasihi dan menyayangi
Dirimu setia menghulurkan kasih sejati seorang ayah


Ayah
Sabar itulah tunjang pendidikan Ayah kepada kami
Al-Quran dan sunnah pegangan hidup
Kata Ayah tidak rugi orang yang menghayati Al-Quran dan sentiasa bersabar

Ayah
Keringatmu tiada ternilai
Limpah kasih sayangmu mekar mewangi
Moga dirimu dalam redha dan rahmat Illahi

Monday, July 09, 2007

Mengharapkan Teman, Hadiah Dari Illahi

Atas satu sebab, maka nabi Musa A.S yang awalnya merupakan seorang putera dalam kerajaan Firaun melarikan diri dari kerajaannya. Beliau berkelana beberapa lama di atas muka bumi hingga sampai ke suatu negeri yang ditentukan Allah SWT untuknya. Maka, tidak lama setelah nabi Musa A.S memasuki negeri Madyan dan sesaat setelah beliau menolong orang-orang yang layak ditolong pada pandangannya (yakni dua orang perempuan pengembala kambing), beliau berdoa;
“Rabbi innii limaa anzalta ilayya min khairin faqier. "Ertinya: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku. " Q.S Al-Qasas: 24
Sebuah doa yang sangat baik dan sederhana, yang Allah SWT abadikan dalam kitabNya agar orang-orang terkemudian mengetahui bagaimana cara meminta kepada Allah SWT dengan suatu permintaan yang tidak sahaja mengandungi hajat yang sangat diperlukannya, tetapi juga mencerminkan pengakuan si peminta atas kekuasaan, ketinggian, kekayaan dan ilmu yang dimiliki oleh Tuhan yang dimintainya.
Allah yang menciptakan kita, maka Dialah yang paling faham atas diri kita. Dia bahkan memahami segala keperluan kita hingga keperinciannya lebih daripada diri kita sendiri. Dan ketika nabi Musa A.S memohon kepada Tuhannya dengan doa tersebut, maka Allah SWT yang memahami keperluan-keperluan dan keutamaannya, Dia tidak sahaja memberi makanan untuk menutupi rasa laparnya, tetapi Dia juga memberinya jodohnya ( isterinya ), tempat tinggalnya dan pekerjaannya.
Dengan izin Allah SWT, maka beliau benar-benar mendapatkan jodohnya tidak lama setelah beliau memohon kepada Allah dengan doa tersebut. Sekali lagi, doa yang diucapkan oleh nabi Musa A.S adalah doa yang dipanjatkan sesaat setelah beliau menolong orang lain yang lemah. Dalam kisahnya, beliau menolong dua orang perempuan pengembala kambing. Oleh kerana itu, agar doa kita lebih berkesan, maka doa itu hendaknya diucapkan segera setelah kita merasa letih dan lelah kerana menolong orang lain atau sesiapa sahaja yang sekiranya memang layak untuk ditolong.
Selain doa itu, maka sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menjadi hamba-hamba Ar-Rahman ( Tuhan Yang Maha Penyayang ), sementara itu dia juga dihadapkan kepada keinginan untuk menikah, maka hendaknya dia mengamalkan doa yang diajarkanNya sendiri sebagai salah satu tanda dari tanda-tanda hamba Ar-Rahman yang dicirikanNya sendiri.
"Rabbana hablana min azwaajina, wa dzurriyyatina qurrata a'yuniw, waj'alna lil muttaqiena imaamaa."Ertinya : " Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati ( kami ), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. "Q.S Al-Furqaan : 74
Dari dua contoh doa di atas yang Allah SWT ajarkan kepada kita untuk mendapatkan jodoh, maka tahulah kita bagaimana seharusnya kita menyederhanakan permintaan kita kepada Allah SWT. Yang sedemikian adalah kerana Allah SWT adalah Tuhan kita yang maha mengetahui apa saja yang terbaik buat kita, hamba-hambaNya dan memahami apa sahaja yang layak diberikan kepada setiap dari kita, hamba-hambaNya. Sungguh, Dia maha mengetahui dengan ilmuNya, siapa yang paling layak dan paling sesuai disandingkan di sisi kita, baik sebagai isteri atau sebagai suami yang akan menguatkan pengabdian kita kepadaNya. Subhanallah.Moga ia memberi manfaat untuk kita semua.

Tuesday, June 26, 2007




Ijtima Mahabah di Pantai Remis

Ijtima mahabah pada 16 hingga 17/6/2007 di pantai remis menyeronokan.Walaupun pada awalnya terdapat sedikit kekecohan disebabkan kawan2 yang rancang nak pergi bersama, terpaksa membatalkan perancangan atas masalah yang tidak dapat dielakkan,jadi tinggallah kami berdua jer yang pergi..sampai disana dalam pukul 3 ptg.Daftar dan dapat bilik, batch 4 satu apartment.Selesa, nyaman dan tenteram itu yang boleh digambarkan bila masuk ke apartment kami.Seronok dapat jumpa sahabat-sahabat lama walaupun sedikit, sekurang-kurangnya ukhwah persahabatan itu dapat dikekalkan.Malam dan petang kami bertukar-tukar cerita tentang kehidupan masing-masing.


Hari Ahad, aktiviti mencabar dimulakan dengan senaman aerobik.Mmm…dah lama tak senaman aerobik kalau biasa buat pun jogging jerlah..Aktiviti diteruskan dengan explore biz...saya masuk group 6, ketua group radzlan, awal2 lagi dah cakap kita main niat bukan untuk menang tapi gembira..Permainannya lebih kurang macam nie setiap kumpulan anggap sebuah company nak mulakan business dan diberi RM 10,000 sahaja dan dengan duit itu kami perlu “bid”tender yang ditawarkan,kalau duit tak mencukupi kami kena pinjam duit dari bank..Daripada 32 tender yang ditawarkan,kumpulan kami dapat 3 jer tender, ingat tak leh menang sebab tgk kumpulan lain punya banyak tender.Apa nak buat kumpulan kami mengamalkan prinsip tak mau berhutang.Tapi task yng terakhir naik sampan tur yang meningkatkan duit company atau group kami..Pengayuh sampanlah penat..Hasbi .kena bawa 9 orang..Last2 daripada niat gembira dapat gak menang……satu game yang baru.Tidak meletihkan sangat tapi lebih kepada menguji minda






Secara keseluruhan seronok cuma tak dapat jumpa keseluruhan guru-guru yang mengajar kita dan tak dpaat solat qiammulaill sama2 ngan muallim muhaimin..macam masa kat sekolah dulu2…J…Banyak pengjaran dan pedoman yang dapat diambil disini antaranya niat ikhlas memberi impak yang berkesan,baca soalan betul2 bagi kumpulan 7 sebab banyak sgt “bid”..…paling penting ukwah itu tetap terjalin walau sesibuk mana pun kita dan akhirnya dpat jugak saya menangkan fikiran seketika daripada fikirkan pasal kerja dan auditor yang tgh rancak mengaudit akaun company dan kerja saya.

  • gambar 1:batch 4 berempat,2 berdiri dari kiri suhaila,nabihah duduk dari kiri saya dan anne
  • gambar 2 :Task 3 :Ketua group tgh sibuk nak ikat tali nak ikat kat sampan
  • gambar 3:Pengayuh sampan terkemuka group 6