Friday, September 05, 2008

Hanya kepadaMu ku pohon pertolongan







Sempena ramdhan ini ,marilah kita sama-sama tingkatkan amalan,mendidik hati lebih sabar dan tidak putus-putus memohon doa ,moga segala hajat dipermudahkan dan diperkenankan.


"Dan mohonlah kepadaku nescaya akan ku perkenankan".


Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan." (QS Al Fatihah: 5).

Wednesday, September 03, 2008



Ramadhan Mubarak
"one who, while fasting does not guard his tongue from telling lies,does not refrain from doing bad deeds ,is not respecting his fast and Allah does not approve of mere abstention from food",
Holy Prophet Muhammad S.A.W



Sunday, August 31, 2008

Cukuplah mati itu sebagai peringatan





Kebiasaanya menjelang akhir bulan Syabaan dan hari pertama pada bulan Syawal orang akan pergi menziarahi kubur sanak saudara yang telah meninggalkan kita terlebih dahulu,amal dan adat ini masih diamalkan sehingga kini.Walaupun ada pendapat yang mengatakan tidak digalakkan wanita menziarahi kubur ,tetapi bagi saya setelah bertanya pendapat ustaz dan ahli ilmu agama tidak salah menziarahi perkuburan asal sahaja kita menjaga aurat,tingkah laku dan mengawal emosi ,InsyaAllah semuanya dalam keadaan baik.Menziarahi kubur akan mengingatkan kita kematian yang semakin hampir disamping itu ia juga dapat mengawal diri kita supaya tidak terlalu leka mengejar harta dunia yang sementara.

Seperti keluarga lain kami tidak ketinggalan menziarahi kubur ahli keluarga tersayang yang telah meninggalkan kami.Pagi tadi,kami menzirahi kubur arwah Tok dan Wan.Tok gelaran bagi Atuk dan Wan gelaran bagi Nenek.Selain kami, mak cik dan pak cik turut sama menziarahi kubur.Kehidupan arwah tok dan nek banyak beri pengajaran kepada saya,terutama sekali bila melihat betapa sejatinya kasih sayang antara mereka.Jarak masa pemergian arwah tok dan nenek tidak jauh,setahun selepas arwah wan meninggal tok pula mengikut jejak langkah arwah wan.Ramai orang cakap kasih mereka sejati sebab itu jarak kematian mereka dekat.Saya tidak pula menafikannya ,ini terbukti bila ramai orang suruh arwah tok nikah lagi disebabkan tok banyak tanggung jawab terhadap masyarakat tetapi arwah tidak ambil kisah pasal itu.Tok kalau pergi kemana-mana musti arwah wan ada.Tok selalu cakap cinta mereka setelah nikah dan cinta mereka kekal ke akhir hayat.
Orang yang meninggalkan kita semakin jauh meninggalkan kita dan kita pula semakin menghampiri mereka.Apakah kita sudah bersedia dengan bekalan untuk ke sana?.Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang Soleh dan Solehah.Al-fatihah

Tuesday, August 26, 2008



Ilmu penyuluh hidup,buku teman sejati.







Kini memiliki buku semakin mudah ,layari internet,memilih laman web yang menawarkan perkhidmatan buku dan penghantaran,membuat pembayaran dan buku akan sampai ke depan rumah.Berbanding dulu,kita perlu pergi ke perpustakaan atau ke kedai buku untuk memiliki sebuah buku.Buku ibarat teman sejati dan pedoman buat seseorang,tidak pernah dan tidak akan menipu,itulah uniknya sifat buku.


Teringat kembali masa kecil dulu,setiap hari sabtu jika berkesempatan abah mesti membawa kami ke perpustakaan untuk memupuk semangat membaca disamping membolehkan kami meminjam buku dari sana.Ada buku yang sukar didapati dan dibeli, jadi di perpustakaanlah tempat kami meminjam.Bukulah hiburan yang utama buat kami pada masa itu ,maklumlah masa itu abah tidak beli tv untuk kami..:)..percaya atau tidak kami tidak ada tv nie?..betul, kami tidak ada tv sampailah saya masuk ke tingkat 1.Abah selalu kata,"abah bukan tidak mampu nak beli tv untuk kami cuma abah tidak mahu kamu terikut-ikut pelbagai ragam manusia di tv".Bagi abah kalau ada tv kami pasti leka sampai terlupa belajar.Kalau nak tengok tv jugak kenalah pergi rumah arwah tok dan arwah wan.Jadi bagi mengalihkan hiburan buat kami ,abah dan mak akan membeli kami pelbagai buku untuk kami baca.Antara buku yang popular pada masa itu kisah 5 penyiasatan,hard boys dan bermacam-macam lagi buku untuk kanak-kanak.Mak pula sering bawa pulang majalah kawan..:)




Bila usia semakin meningkat remaja ,buku sudah menjadi sebahagian daripada hidup kami.Sebulan tidak membaca buku terasa seperti kekurangan sesuatu dalam hidup.Saya sering impikan mempunyai sebuah maktabah dirumah sendiri yang mempunyai pelbagai jenis buku disamping itu juga bolehlah menambah buku dirak buku yang disedia dirumah abah.Dulu juga saya sering mimpikan mempunyai sebuah kedai buku tersendiri.Boleh ke tercapai hasrat ini?.Banyak sangat impian nie..:).jangan jadi mat jenin sudah yer hajar..:)...Bila kita merancang jangan pula lupa perancangan Allah buat kita.Moga Allah permudahkan segalanya.


Saya juga suka kalau orang bertukar pandangan,bertukar dan meminjam buku dari saya.Bila bertukar pandangan tentang sesebuah buku jadi secara tidak langsung saya dapat mengetahui buku yang terbaru yang perlu dimiliki atau dipinjam..Memilih buku juga perlu agar kita tidak tersalah pilih buku,moga buku yang dipilih memberi manfaat kepada kita. Dulu sehari 20 helai muka surat,sebulan sebuah buku.Kini sehari 40 helai muka surat sebulan dua buah buku. Apa yang penting ilmu yang kita dapat dari sebuah buku diamalkan ,walaupun sedikit tapi istiqomah itu lebih baikkan..peringatan buat diri sendiri juga..:).