Wednesday, June 10, 2009

Sampaikan Sepotong Ayat




"Assalamualaikum"


"A'alaikumussalam.Jemput masuk akhi,isteri dan anak.Lama kita tak jumpa ,anta masih macam dulu,kurus lagi" ,pelawa Haji Basri.


Haji Basri antara sahabat-sahabat seusrah abah suatu ketika dulu.Kedatangan kami pada malam itu untuk meraikan majlis walimah anak sahabat abah ini.Waktu siang yang penuh dengan tugasan menyebabkan abah hanya mampu meluangkan waktu malam ke rumah sahabatnya.Kami disambut dengan baik sekali.


"Ramai ke sahabat kita yang datang?"


"Ada dua tiga sahabat yang mai,mana yang sempat ana jemput dan nombor telefonnya dapat dihubungi,alhamdulillah datang"


"Semalam Ustaz Othman turun Selangor dari Kedah ,hantar anak ke UIA,ana ingat dapat jumpa dia masa hantar anak ana tapi tak sempat",kata ayah


"Ustaz turun sini,alhamdulillah ,ana masih teringat waktu kita sama-sama dalam usrah dulu ,Ustaz selalu pesan kepada kita semua ,sampaikan walau sepotong ayat didalam kerja-kerja dakwah dan dia juga pesan supaya kita menjaga ukhwah antara sahabat seusrah."Haji Basri membalas


"Seronok masa kami usrah dulu,makan sama-sama dalam satu talam makan nasi lauk kari dengan ulam,pulak tur nasi masih panas,sedap along,kamu dengan adik masih kecil lagi",Beliau mula bercerita kisah silam bersama abah dan sahabatnya sambil memandang aku dan mak sambil tersenyum.Aku dipanggil dengan panggilan along oleh pak cik.Kebetulan adik tak dapat ikut jadi aku peneman dan penunjuk jalan untuk abah dan mak,maklumlah malam macam-macam boleh berlaku.


Kami semakin seronok mendengar kisah silam abah dan sahabatnya,masa yang berlalu pergi tidak terasa.Banyak pengajaran yang saya dapat dari ziarah kali ini,antaranya sebagai seorang muslim kita perlu menjalankan tanggung jawab sebagai dae'i walaupun dengan hanya menyampaikan sepotong ayat.


Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat."


Dalam hadis yang lain Baginda s.a.w. mengisyaratkan kepada kita bahawa dakwah adalah budaya hidup Islam: "Agama itu adalah nasihat."


Mana tahu dengan kata kita yang penuh hikmah seperti,"Ain nampak manis dan tenang bila Ain pakai tudung,lebih terpelihara aurat,akak sayangkan ain sebab tur akak beritahu ini " ,kata sedikit tapi penuh makna,bila diajak setiap hari dan didoa oleh kita ,hati Ain itu pasti terbuka untuk bertudung.


Ziarah ini juga mengajar saya supaya menghargai ukhwah yang terjalin.Ukhwah yang bersulamkan keikhlasan semakin manis bila kita bertemu dan berpisah hanya keranaNya.Walaupun usia semakin menginjak ke usia emas ukhwah itu kekal,insyaAllah.Beruntunglah mereka yang sentiasa ingin menjaga dan merapatkan silaturrahim yang ada.


Akhir kalam,jemput semua ke


Masjid Sultan Salahuddin(dikenali Masjid Negeri Shah Alam)

pada 12 & 13 hb jun 2009 (Jumaat dan Sabtu)

Aktiviti Zikir Munajat selepas solat Maghrib(12/6/2009)

Diikuti forum dan Qiammulail(pagi-13/6/2009)

Dikendalikan oleh Ustaz Othman.


Mari sama-sama kita pergi.Dengarkan zikit munajat sambil tur kita muhasabah diri.Jom.





Saturday, May 30, 2009

Buku Teman Sejati Tanpa Suara.

"Proses pembelajaran dan mencari ilmu tidak seharusnya berhenti disini,proses itu seharusnya berterusan samaada menuntut ilmu secara formal atau pun tidak dan minat membaca itu perlu dipupuk walaupun anda sudah mempunyai segulung sijil",itulah antara amanat yang dipesan oleh Presiden Kolej Islam semasa majlis konvokesyen pada tahun 2002.Kesinambungan dari amanat itu ,sehingga sekarang bukulah peneman sejati dimana-mana,tanpa suara,tanpa perasaan dan sering jujur.InsyaAllah.Mari kita bincang




1.Travelog Dakwah Meniti Hari Esok
Oleh: Prof Muhd Kamil
Penerbit:Pts

Bila baca buku saya dapat rasakan keikhlasan Prof dalam menulis pengalaman hidupnya dari seorang biasa menjadi lebih baik setelah mendapat hidayahNya.Keikhlasan doa seorang isteri menyebabkan Prof berhijrah kepada kebaikkan.Penceritaan buku ini ringkas tapi kebanyakkan amalan yang Prof lakukan didalam buku seharusnya kita lakukan,sebagai contoh amalan baca mathurat,bagus baca mathurat ini dapat melindungi kita dari sebarang perbuatan jahat manusia yang dengkikan kita dari subuh hinggalah petang ,sekali lagi kita akan membacanya selepas asar atau maghrib dan sekali lagi kita dilindungi.Proses ini perlu berterusan setiap hari.Buku ini buku kedua Prof setelah buku Travelog Haji yang menjadi "best seller".5 bintang untuk buku ini.Laman web dia,http://muhdkamil.net/kehidupan/.


2.Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
Oleh :Fatimah Syarha
Penerbit :Telaga Biru

Membaca buku ini membuatkan kita merasa indahnya cinta setelah berkahwin.MasyaAllah walaupun banyak kali dia dikhitbah(dilamar),hatinya dan prinsipnya tidak digadaikan begitu sahaja,masih menunggu pemilik hati dan teman sejati yang dapat memahami prinsipnya.Alhamdulillah akhirnya apa yang diidamkan dapat juga.Kisah seterusnya setelah berumahtangga yang manis lantaran dibina penuh keberkatan dan redha Allah jua keluarga.Moga ia menjadi sumber inspirasi buat saya,sahabat dan remaja sekalian.


3.Rich Dad Poor Dad
Oleh:Robert Kiyosaki

Buku ini lebih kepada mengajar kita mengawal kewangan dengan baik,bukan bermaksud untuk menjadi kaya,tetapi lebih kepada ilmu kewangan yang seharusnya kita ada.Robert menceritakan tentang pengalaman dia mendapatkan ilmu kewangan,dari seorang ayah yang dipanggil "poor dad" dan ayah kawannya Mike yang digelar "rich dad",gelaran itu disebabkan pendapat mereka tentang prinsip kewangan.Lain daripada yang lain.Robert berpendapat seseorang sepatutnya diajar ilmu kewangan sejak kecil,yang asas sahaja pun sudah memadai.Prinsip yang paling penting ialah dia mengajar kita mengawal aliran tunai wang kita.Ringkas tapi amat berguna.


Buku itu sangat disyorkan untuk semua.Semoga kita menjadi yang lebih baik.Apa yang baik kita ambil pengajaran,apa yang kurang ditinggalkan..:)

Sunday, May 24, 2009




Jazakillah..

Syukur diatas pertambahan umur,bertambahnya umur,semakin bertambah tanggungjawab yang perlu dipikul dan semakin tinggi amanah yang perlu diselesaikan serta dijaga.

Amanah yang penting dan akan dipersoalkan dikemudian hari ialah amanah umur yang diberi.Apakah amanah diguna sebaik mungkin; ke mana masa yang terluang dihabiskan dan apa sumbangan yang telah aku taburkan untuk umat Islam dan perjuangan agama Allah.Rasanya masih banyak yang tidak dipenuhi.

Ya Allah bantulah aku,permudahkanlah segala urusan ku didunia dan akhirat.

Terima kasih kepada keluarga dan sahabat -sahabat semua yang sentiasa mendoakan kebaikan buat ku,memberi ucapan,hadiah dan tanda ingatan.Hari ini juga rasa bersyukur dan terharu kerana dikurnia seorang sahabat,Hirnani dan suami yang sentiasa ingin membantu mempertemukan calon zaujd buatku.Apapun kita hanya merancang dan berusaha selebihnya Allah yang menentukan.Moga ukhwah fillah antara kita terus kekal,insyaAllah.Bertemu kita keranaNya dan berpisah kerana Allah jua.Dalam kita kekurangan sesuatu Allah lebihkan kita dalam sesuatu hal,syukur yang tidak terhingga atas nikmat persahabatan,kasih sayang dan ukhwah.Moga kita bertemu disyurga atas tiket bersahabat kerana Allah.

Buat ibu,walaupun lambat sikit tulis penghargaan buat ibu tersayang disini,tapi dah ucap dulu"selamat hari ibu".Jasa ibu mendidik saya dan adik tidak mampu kami balas,moga Allah memberi ganjaran yang terbaik buat dirimu.Bertuahnya abah kerana memilikimu sebagai isteri,bertuahnya kami kerana mempunyai ibu sebaikmmu dan bertuahnya ibu memiliki abah sebagai suami.

Alhamdulillah dan syukur ya ALLAH ,BANYAK nikmat yang aku ada.Pesanan buat diri dan semua,usah memikirkan nikmat yang tiada ,sebaliknya syukur dengan apa yang ada.

p/s:masa yang terluang banyak dihabiskan dengan membaca buku yang dibeli dipesta buku yang baru berlalu.moga diberi kesempatan meng"update"buku yang telah dibaca.

Sunday, May 17, 2009

Guru Tanpa mu Siapalah Kami.

Nasyid dibawah ini telah diubahsuai oleh murabi,muallim dan muallimah kami sewaktu di hira',tersentuh bila menghayati lirik yang telah mereka ubah suai,moga apa yang diharapkan dan didoakan dapat dilaksanakan oleh saya dan sahabat-sahabat hira tau yang diluar sana.Terima kasih kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya secara langsung atau tidak.

Pesanan dari personaliti tv3 Raja Mazian(Siaran Al-Hidayah) masih saya ingati ketika bertemu dengan beliau didalam program "Dari Dapur Ke Meja Solek",anjuran Muslimat Klang ,antara katanya,"untuk kita menjadi berjaya atau mahukan anak-anak kita berjaya,maka seharusnya kita juga menghargai mereka,merekalah guru kedua kita setelah pembelajaran dirumah"

Mari kita hayati lirik dibawah ini.

Telah tiba saat waktu di takdirkan kita bersama.

kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan.

gembira rasa hati ini bila melihatkan

wajah-wajahmu yang menceriakan.

tulus ikhlasmu,luhur akhlakmu bagai tiada peganti.

senyum tawamu juga usahamu menghiburkan kami.

kenangan indah setiap hari terus bersemadi.

kaulah muridku,kau permata hati.

Ya allah jadikanlah mereka insan mulia,

insan yg taat perintah agama.

wahai muridku..bangkitlah dalam perjuangan ini..

walaupun nanti ku tiada di sisi..

perjuangan ini masih jauh beribu batu..

selagi ruh masih dijasad,ilmu harus dicari,

sedih rasa hati ini bila mengenangkan.

andai kau masih lalai dan leka..

Ya Allah,hadir kami bukan tuk dihargai.

bukanlah pula untuk disanjungi malah bukan untuk disakiti..

sekadar mengisi ruang di hati..

moga bahagia dan berjaya dikau akhirnya..

setangkai doa juga harapan terus ku kirimkan...

moga akhirnya dikau bersama para solihin..

kaulah muridku..kau permata hati..


Syukran..Doakan kami terus tabah didalam perjalanan dan perjuangan ini.